Anak belasah ibu guna kayu ditahan

Anak belasah ibu guna kayu ditahan

KEMAMAN – Berang sukar memperolehi bekalan dadah, seorang lelaki tergamak melempias amarahnya dengan membelasah ibunya dengan sebatang kayu di Kampung Baru Felda Neram 1, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, wanita berusia 64 tahun tersebut mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan jari.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, perbuatan lelaki berusia 48 tahun tersebut diadukan oleh kakitangan Unit Ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Kuantan yang memberi rawatan awal terhadap ibu suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek yang ketagihan dadah dikatakan naik berang dan mengamuk disebabkan sukar memperolehi barangan terlarang itu ekoran operasi besar-besaran yang sedang diadakan di daerah ini.

“Dia melepaskan kemarahan dengan memukul ibunya dengan kayu sehingga menyebabkan warga emas itu mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh di sini sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman di sini bagi rawatan lanjut.

Tambah beliau, anak mangsa kemudiannya diberkas kira-kira 100 meter dari rumah mereka pada pukul 2.30 petang.

“Hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah. Dia memiliki empat rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. K Online

Anak belasah ibu guna kayu ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker