Azrai Khor meninggal dunia

Azrai Khor meninggal dunia

Arena bola sepak negara terus berduka apabila seorang lagi legenda Mohd Azraai Khor Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar, sebentar tadi.

Berita sedih itu dikongsi anaknya dikenali sebagai Firdaus Zainuddin menerusi laman sosial Facebooknya yang memaklumkan bahawa Azraai sudah meninggal dunia sebentar tadi.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah buat bapa saya Mohd Azraai Khor yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Mohon sama-sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman,” tulis Firdaus Zainuddin.

Terdahulu, jurulatih berusia 71 tahun itu tidak sedarkan diri selepas diserang stroke sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Legenda ‘double treble’ Kedah itu pada mulanya dikatakan masih kritikal sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia.

Berita terbabit cukup menyedihkan arena bola sepak tanah air terutamanya selepas perginya legenda Khalid Ali dan bekas pemain Harimau Malaya, Moey Kok Hong menghembuskan nafas terakhirnya baru-baru ini. HM

Azrai Khor meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker