Tony Pua sindir IGP
Tony Pua sindir IGP
Tony Pua dalam kenyataan berbaur sinis, malam tadi, menyifatkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, sebagai sangat cekap dan pantas bertindak berhubung laporan polis yang difailkan terhadapnya.
Dalam hantaran melalui Facebook itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP berkenaan turut memaklumkan bahawa beliau akan memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman pada jam 1 tengah hari ini.
“Ah. Tidak boleh lari selepas apa yang berlaku.
“KPN sendiri bertindak sangat pantas, amat cekap dan bekerja lebih masa pada Ahad, memberikan perhatian peribadi kepada laporan-laporan polis yang mungkin difailkan oleh ‘budak-budak’ UMNO,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan polis menerima laporan berhubung kenyataan Pua dalam Facebook, dan menjalankan siasatan terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Razarudin dipetik berkata, kenyataan Pua didakwa bersifat menghasut orang ramai supaya membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Dalam pada itu, Pua turut memaklumkan bahawa beliau disiasat atas dakwaan menghasut kerana memuat naik hantaran ‘I beg your pardon’ melalui Facebook, dua hari lalu.
Beliau sekali gus meminta orang ramai mendoakan yang baik untuknya.
Terdahulu pada hari ini, Pua turut membuat kenyataan balas menyindir tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang mahu membuat laporan polis ke atas beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Dalam kenyataan berbaur sinis, Pua dipetik berkata, dirinya teruja dengan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan 50 peratus bagi tempoh hukuman penjara dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. BH
Tony Pua sindir IGP
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET