Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah

Sambutan keberangkatan pulang yang akan diingati,

Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan sambutan keberangkatan pulang baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang hari ini merupakan detik yang akan diingati baginda berdua.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda dan Tunku Azizah tidak akan melupakan sambutan bersejarah itu yang bermula di Istana Negara sehinggalah ke negeri ini.

“Sambutan keberangkatan pulang bagi saya adalah satu hari yang cukup memorable. Dari Istana Negara sehingga ke Parlimen dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terima kasih kepada mereka yang menunggu dan memberi lambaian kepada kami berdua.

“Ketika saya dan Permaisuri berada dalam kereta, tengok ramai sangat orang menunggu, Permaisuri flashback balik kepada saya, dia kata macam kita kahwin dulu, tahun 1986. Alhamdulillah dan saya pun rasa macam pengantin juga hari ini. Pengantin tua,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa terharu dengan sambutan diberikan oleh rakyat negeri ini sempena Istiadat Keberangkatan Balik baginda hari ini.

Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang hadir. dan berkumpul di sepanjang jalan bermula dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan sehingga ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

“Bila tiba di Kuantan, saya terharu dengan sambutan dan saya nak berterima kasih kepada semua yang hadir dalam suasana begitu panas dan mereka masih lagi menunggu dan rakyat berkumpul daripada pagar pangkalan udara (TUDM) sampailah ke Dewan Jubli ini.

“Saya rasa bersyukur dan alhamdulillah kerana rakyat negeri Pahang masih lagi rindu pada saya dan saya juga tetap rindu pada rakyat Pahang,” titah baginda pada Majlis Santapan Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Al-Sultan Abdullah dalam pada itu turut menzahirkan rasa bangga kerana dapat melunaskan tanggungjawab dan amanah yang diserahkan kepada baginda.

“Saya harap rakyat Pahang rasa bangga kerana saya telah melunaskan tanggungjawab saya, amanah saya, yang terbaik untuk negara kita dan rakyat kita.

“Mungkin ada sebilangan kecil yang tidak bersetuju dengan pelbagai keputusan yang saya buat namun majoritinya bersama dengan keputusan yang saya buat,” titah baginda. Utusan

Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker