Liga Bolasepak Malaysia perkenal format baharu Piala MFL

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan satu lagi perubahan membabitkan aksi Piala MFL apabila musim 2024/25 akan menampilkan format liga satu kumpulan berbanding format dua kumpulan yang digunakan pada musim 2023.

Badan pengendali itu menjelaskan perubahan format liga itu dilakukan selepas mendapat permohonan daripada pasukan dan sebagai salah satu inisiatif untuk mengukuhkan pembangunan bagi kelompok pemain bawah 23 tahun (B-23).

“Perubahan format ini dilihat akan menyediakan lebih banyak perlawanan kepada pemain dan juga seperti yang diminta oleh kelab-kelab untuk meningkatkan kesediaan dan pendedahan pemain B-23 sebelum diserap ke pasukan Liga Super pada bila-bila masa.



“Bagi meningkatkan daya saing dan intensiti saingan Piala MFL, kuota pemain lebih umur dan pemain asing pertandingan ini juga akan dibuka untuk digunakan mengikut keperluan dan percaturan setiap kelab.

“Maksimum tiga pemain asing dan dua pemain lebih umur di atas padang pada satu-satu masa,” kata MFL.

Sebagai rekod, Piala MFL yang dimenangi Terengganu FC II (TFC II) pada musim lalu menyaksikan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Setiap pasukan dalam kumpulan akan berentap sesama sendiri dan empat pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan meneruskan persaingan di pusingan kedua Piala MFL.



Lapan pasukan terbabit akan mengharungi tujuh perlawanan dan dua pasukan teratas akan mara ke final untuk merebut gelaran Juara Piala MFL.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker