Hukuman penjara Najib Razak dikurangkan separuh – sumber rasmi

Hukuman penjara Najib Razak dikurangkan separuh – sumber rasmi

Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya semalam, kata sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kepada CNA.

Media Singapura itu melaporkan, keputusan lembaga pengampunan itu yang diketuai Yang di-Pertuan Agong juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan, menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat.



Pengampunan separa diraja atas pembabitannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.

Pengurangan tempoh hukuman itu bermakna, Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028.

Bagaimanapun dengan parol untuk berkelakuan baik, beliau boleh dibebaskan pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara baharu.

Namun, terdapat spekulasi hangat mengenai pengampunan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, semalam mengesahkan ahli lembaga termasuk beliau sendiri bermesyuarat pada Isnin.



Beliau berkata, pengumuman rasmi oleh Lembaga Pengampunan akan dibuat.

Mesyuarat itu adalah mesyuarat rasmi terakhir Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum pemerintahan baginda berakhir semalam dan menyerahkan pemerintahan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di bawah sistem penggiliran.

CNA sedang menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk mendapatkan ulasan. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau masih belum dimaklumkan mengenai sebarang keputusan oleh Lembaga Pengampunan. BH

Hukuman penjara Najib Razak dikurangkan separuh – sumber rasmi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker