Penonton Coldplay tinggalkan konsert kejar MRT di Singapura [VIDEO]

PETALING JAYA – Hari pertama konsert kumpulan pop terkenal, Coldplay di Singapura semalam menyaksikan ramai penonton serta peminat kumpulan terbabit pulang lebih awal.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku adalah kerana orang ramai ingin melepaskan keadaan sesak ke stesen Mass Rapid Transit (MRT) berdekatan lokasi konsert.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang penonton konsert tersebut menjelaskan ramai peminat keluar lebih awal daripada stadium bagi melepaskan diri mereka dari keadaan sesak teruk.

“Keadaan semalam sama seperti orang ramai dalam kelaparan, ramai yang keluar awal semata-mata nak lepaskan keadaan sesak.

“Jadi bagi mereka yang ingin selesa, biarkan penonton yang pulang awal itu. Anda tunggu selama 45 minit di dalam stadium kemudian keluar, nescaya stesen MRT sudah kosong,” jelas pengguna media sosial tersebut.

Dalam pada itu, pihak Grab Singapura turut mengumumkan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma dari Stadium Nasional Singapura ke beberapa stasen MRT terpilih.

Perkhidmatan percuma itu difahamkan akan diadakan selama tempoh dari 23 Januari sehingga 31 Januari 2024.

Jelas pihak Grab, perkhidmatan tersebut disediakan bagi perjalanan dari Stadium Nasional ke empat stasen terpilih iaitu; Redhill, Jurong East, Boon Keng dan Toa Payoh. – KOSMO! ONLINE.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker