Bapa Hindu dakwa bekas isteri bawa lari anak kerana terpengaruh dengan ajaran sesat

KUALA LUMPUR – Seorang bapa berharap pihak berkuasa negara ini dapat membantu mengesan anak perempuan yang dilarikan bekas isterinya kerana terpengaruh dengan ajaran sesat.

Mangsa S Lakshna Rau, 39, berkata, anaknya S Shalini yang kini berusia 10 tahun dibawa lari oleh bekas isterinya ke luar negara sejak 8 Disember 2021 dari rumahnya di Bukit Minyak, Pulau Pinang.

“Kali terakhir isteri saya keluar rumah beri alasan hendak berjumpa kawan tapi selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi,” katanya.



Lakshna berkata, bekas isterinya turut melarikan bersama wang tunainya RM15,000 serta barangan kemas berjumlah RM35,000.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Imigresen, destinasi terakhir isteri dan anak saya adalah di Doha Qatar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Persatuan Hak Bapa Malaysia (FRAM) di Jalan Ampang pada Isnin.

Difahamkan kumpulan ajaran sesat yang berpangkalan di Republik Trinidad dan Tobago itu berkomunikasi bersama isterinya menerusi media sosial untuk turut serta dalam kumpulan berkenaan.

Menurut Lakshna, enam laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan anaknya.



“Peguam saya cuba mendapat perintah mahkamah bagi membolehkan Polis Antarabangsa (Interpol) menjalankan tugas sepenuhnya mengesan dan membawa pulang anak saya.

“Kumpulan ini pernah dilaporkan pernah terlibat aktiviti tidak bermoral yang turut mendapat perhatian bangsa,” katanya.

Tambahnya, mahkamah telah memberinya hak penjagaan penuh anak perempuannya selepas permohonan penceraiannya diluluskan mahkamah.

“Dia (bekas isteri) tidak pernah langsung menghubungi saya selepas menghilangkan diri tiga tahun lalu, menyebabkan saya bimbang dengan keselamatan anak,” katanya.



Sementara itu, Presiden FRAM, Malcolm Fernandez berkata, isterinya dipercayai telah lama terlibat dalam kumpulan ajaran sesat ini namun bijak menyembunyikan aktivitinya itu dari pengetahuan suaminya.

“Apa yang membimbangkan kumpulan ajaran sesat ini aktif merekrut pengikutnya hinggga ada yang sanggup menderma wang tunai dan sebagainya untuk kumpulan berkenaan dan saya berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu bagi mengelak rakyat di negara ini menjadi mangsanya,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker