Honda HR-V pula rosak selepas dua minggu keluar ‘showroom’

Honda HR-V pula rosak selepas dua minggu keluar ‘showroom’

Seorang pengguna, Noriya Mamat meluahkan kekecewaan apabila kereta Honda HR-V yang baru dimilikinya pada Ogos lalu rosak selepas dua minggu digunakan.

Noriya terpanggil untuk berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya susulan masalah kerosakan kenderaan yang dihadapi Nagakanni Subramaniam selepas Perodua Bezza yang dibelinya yang rosak dalam tempoh lapan jam selepas diserahkan, sebelum masalah berkenaan selesai selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bersetuju untuk membelinya semula dengan harga penuh.



Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami masalah selepas dihantar ke Pusat Servis Gong Badak, Terengganu pada 2 September tahun lalu.

Katanya, situasi dialami olehnya lebih parah apabila Pusat Servis Honda memberikan alasan bahawa mereka tidak dapat mengesan punca masalah kereta.

Selepas dua hari dari pusat servis, kereta alami beberapa kerosakan iaitu lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada papan pemuka berkelip-kelip, selain lampu kecemasan juga menyala.

“Kereta dihantar semula ke pusat servis selama seminggu. Saya terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan saya sarat mengandung.



“Apa yang saya sedih sangat, selepas bersalin, kereta saya masih belum pulih dan alasan pusat servis, tidak dapat mengesan punca masalah kereta,” katanya.

Susulan kerosakan yang dihadapi kereta miliknya, Noriya berkata, beliau hanya diberikan sebuah kereta ganti jenis Perodua Myvi yang didakwa uzur sebelum digantikan semula dengan Honda City untuk berulang-alik ke klinik dan hospital.

Selepas empat bulan berada di pusat servis itu, Noriya berkata, beliau dimaklumkan masalah yang dihadapi Honda HR-V miliknya tidak dapat diselesaikan.

“Pada 10 Januari lepas, saya dihubungi oleh Ibu Pejabat Honda Malaysia. Mereka maklumkan kereta akan dibawa ke Kuala Lumpur selama sebulan untuk mencari penyelesaian.



“Apa yang saya mahukan adalah keadilan untuk saya. Setiap bulan saya perlu membayar RM1,500 untuk kereta yang tidak saya gunakan. Mengapa pihak Honda mengambil masa yang lama untuk kes seperti ini,” katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap Honda Malaysia berkata, pengeluar kereta itu memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu kerosakan berterusan Honda HR-V 1.5 Turbo milik Noriya itu secara baik dan pantas.

“Kami sudah berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan berkenaan dan sedang melaksanakan siasatan mendalam dan menyeluruh berhubung perkara ini.

“Keutamaan kami ialah menyelesaikan perkara isu ini secara baik dan secepat mungkin,” katanya. BH



Honda HR-V pula rosak selepas dua minggu keluar ‘showroom’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker