Bola golf melayang ke lebuh raya

Sebiji bola golf secara tiba-tiba melayang ke tengah jalan, namun tidak mengenai sebarang kenderaan. – Instagram

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario bola golf melayang di ruang udara dan jatuh di tengah lebuh raya berhampiran Tol Rawamangun di Jakarta, lapor portal berita Okezone hari ini.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram, sebiji bola golf secara tiba-tiba melayang ke tengah lebuh raya, namun tidak mengenai sebarang kenderaan.

“Jalan berhampiran Tol Rawamangun ini dikatakan sering mengalami situasi bola golf melayang masuk ke tengah jalan. Ia amat berbahaya jika terkena pada kenderaan. Hati-hati kepada pengguna jalan raya,” kata hantaran video tersebut.



Berdasarkan maklumat dalam aplikasi pemetaan Google Maps, plaza tol tersebut terletak  berhampiran sebuah padang golf tertua di Indonesia yang mempunyai keluasan mencapai 43 hektar.

Bola golf yang kerap  melayang ke tengah jalan dipercayai datang dari padang golf berkenaan.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tidak pernah ada usaha penambahbaikan daripada pengurusan kelab golf seperti menambah jaring di tepi jalan,” kata seorang netizen.



“Pernah juga hampir terkena (bola golf). Mohon perhatian pihak kelab golf,” kata netizen lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker