Tiga calon SPM ditahan curi EX5

Tiga calon SPM ditahan curi EX5

PASIR PUTEH: Polis menumpaskan geng curi motosikal jenis Honda EX5 selepas menahan tiga pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam serbuan di sini pada Sabtu.

Mereka yang berusia 17 tahun itu ditahan bersabit kesalahan mencuri motosikal yang berlaku di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes curi motosikal bermula dari Disember 2023 hingga Januari ini dengan menyasarkan motosikal jenis Honda EX5.

“Modus operandi yang digunakan dengan mencuri motosikal yang ditinggalkan di kawasan sawah padi sebelum dileraikan dan mengambil komponen untuk diniagakan.

“Tangkapan yang dijalankan juga telah membawa kepada rampasan empat rangka motosikal yang dijumpai di dalam anak sungai di Pasir Puteh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil semakan yang dijalankan terhadap rangka yang dijumpai mendapati kesemuanya masih dilaporkan hilang.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Zaizul Rizal memberitahu, hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga remaja tersebut didapati negatif dadah.
“Kesemua mereka juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula 7 hingga 10 Januari telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk siasatan lanjut terhadap kesemua suspek,” katanya. Sinar

Tiga calon SPM ditahan curi EX5

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker