Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
Ada sesetengah ibu bapa dan penjaga mengambil remeh isu yuran pengajian anak mereka di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sehingga menjejaskan pengurusan premis itu.
Mendedahkan perkara itu, seorang individu dikenali sebagai Mukminin Taslam berkata, sebuah Pasti di kawasannya terpaksa menanggung hutang sebanyak RM15,000 gara-gara ada ibu bapa yang tidak melunaskan bayaran yuran.
“Pasti tempat saya, ibu bapa tak bayar yuran. Tunggakan sampai RM15k (RM15,000). Saya sebagai bapa anak Pasti kesian pada mualim dan mualimah,” tulisnya.
Tangkap layar pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook.
Sementara itu, Mohd. Fadli mengakui rata-rata Pasti mempunyai masalah tunggakan dan pendedahan sebelum ini menunjukkan ibu bapa yang tidak menjelaskan yuran itu bukan dari golongan miskin, tapi agak berada.
“Kemain hantar anak ke sekolah naik Honda, rupanya yuran anak-anak tak bayar. ‘Naya’ kat pengurusan nak bayar sewa, utiliti dan elaun guru-guru semua.
“Kalau kat tadika swasta, sebulan tak bayar pun dah kecoh pihak tadika minta. Bahkan anak disekat dah ke tadika selagi yuran tertunggak belum dilangsaikan. Silap-silap sampai surat saman terus.
“Ni mentang-mentang pengurusan Pasti berlembut, ada yang ambil kesempatan pula,” katanya.
Justeru Mohd. Fadli menyeru agar mereka yang menghantar anak ke Pasti menjelaskan hutang tersebut supaya ilmu yang diajar kepada anak mereka berkat.
“Kawan-kawan. Hantar anak ke Pasti agar mereka dapat asas agama kuat sejak kecil. Tapi bila tak bayar hutang ni, berkat ke ilmu anak kita? Fikir-fikirkan dan bayarlah tunggakan yuran,” tegasnya. K Online
Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
You must be logged in to post a comment.