Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pujian daripada masyarakat antarabangsa selepas menyekat sebuah kapal berpangkalan di Israel, ZIM berlabuh di negara ini.

Perkongsian yang dibuat oleh seorang pempengaruh media sosial antarabangsa, Khaled A. Beydoun di Instagram tiga jam lalu dan menerima lebih 92,000 tanda suka.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara ini hanya beberapa jam lalu. Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang melanggar prinsip asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,” kata Anwar dalam satu kenyataan merujuk kepada tindak balas tenteranya di Gaza

Dalam pada itu, Khaled berkata, ia langkah besar kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Anwar.

Khaled juga seorang profesor undang-undang dan penulis.

Perkongsian tersebut menerima hampir 4,000 komen yang rata-rata memuji langkah yang diambil sebagai tanda membantah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza.

Malaysia menurut pengikut Khaled, antara negara yang berani menentang Israel dan kuasa besar yang menjadi sekutu regim zionis itu.

“Wah! Ini sangat besar, memandangkan pelabuhan di Malaysia ialah hab pemindahan kapal utama antara Australia, New Zealand, Asia dan Hemisfera Utara,” komen rissriss83.

“Terima kasih Malaysia. Perhormatan tertinggi. Jika hanya pemimpin Arab mengikutnya, sudah pasti ada gencatan senjata sekarang,” menurut fatimahussam.

“Malaysia dan Yaman sebenarnya melakukan sesuatu,” kata alaa.tanteh.

“Besar harapan lebih banyak negara akan mengikuti langkah Malaysia,” komen hhmuh97.

“Malaysia. Anda adalah contoh terbaik tentang apa yang boleh dilakukan. Memberi inspirasi!” kata lobeatfirstbite6.

“Mari kita ucapkan terima kasih kepada perdana menteri Malaysia kerana menentang pembunuhan beramai-ramai,” komen thinkernation.

Malaysia hari ini mengambil pendirian tegas dengan tidak membenarkan mana-mana syarikat Israel atau kapal yang mengibarkan bendera negara Zionis itu berlabuh di Malaysia.

Sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Serangan lebih 70 hari Israel ke atas Gaza menyaksikan hampir 20,000 orang menjadi korban dengan sebahagian besar adalah bayi, kanak-kanak dan wanita. MG

Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker