Tok Mat belum jejak kaki ke pejabat baharu
Tok Mat belum jejak kaki ke pejabat baharu
TOKYO: Biarpun belum menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar baharu dilantik, Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.
Beliau juga dikenali sebagai Tok Mat, kini sebahagian delegasi rasmi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja mereka ke Jepun.
Peralihan penting ini berlaku susulan pelantikan Mohamad sebagai menteri luar baru-baru ini, peranan yang digalasnya selepas rombakan Jemaah Menteri diumumkan dua hari sebelum lawatan ke Tokyo. Beliau menggantikan Zambry Abdul Kadir yang dilantik menteri pendidikan tinggi.
Ditanya peranan baharunya semasa majlis minum petang diaspora Malaysia di sini, Mohamad secara berseloroh berkata: “Saya belum lagi menjejakkan kaki ke pejabat baharu saya di Putrajaya, tetapi saya sudah ada di sini sekarang sebagai menteri luar.”
Disebabkan kesuntukan masa selepas pelantikannya dan lawatan kerja ini, Mohamad berkata, beliau tidak berpeluang bertemu pegawai kementerian itu atau membuat persiapan terlebih dahulu.
Bagaimanapun di Jepun, beliau dapat memperuntukkan masa daripada jadual padatnya, termasuk bertemu kapten industri bersama perdana menteri dan menghadiri perjumpaan di Kementerian Luar Jepun dengan rakan sejawatnya, Yoko Kamikawa.
Mengenai pertemuannya dengan Yoko, beliau berkata: “Tiada masalah kerana saya pernah berjumpa Yoko sebelum ini semasa saya jadi menteri pertahanan.”
Semasa lawatan itu, Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun dan mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Asia (AZEC) menawarkan platform terbaik untuk Mohamad membiasakan diri dengan rakan sejawatnya dari negara Asean. FMT
Tok Mat belum jejak kaki ke pejabat baharu
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Norashman Najib selamat bernikah
- Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran
- Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim
- Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anak saya merintih 40 minit depan mata saya