Suami isteri bergaduh sehingga biar anak jatuh di tengah jalan

Si suami mengheret isterinya keluar dari kereta di jalan raya. – SCMP

Seorang budak lelaki di China diselamatkan oleh orang ramai selepas diabaikan oleh ibu bapanya yang bertengkar di tepi jalan raya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Pada 7 Disember lalu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Porsche berhenti secara tiba-tiba di sebuah jalan raya yang sesak di Hangzhou, timur China.

Seorang pemandu lelaki kemudian keluar dan menuju ke arah pintu belakang kereta lalu menarik seorang wanita serta budak lelaki ke dalam pelukannya.

Pasangan itu kemudian bertengkar sebelum wanita berkenaan menjerit: “Tiada siapa mahu tinggal bersama orang seperti kamu.”

Selepas terjatuh ke atas jalan akibat diheret, wanita itu berdiri, namun dia meninggalkan anaknya yang terbaring di atas jalan.

Kanak-kanak berusia sekitar dua tahun itu didengari menangis dengan kuat semasa ibu bapanya bertengkar.

Seorang lelaki kemudian menghentikan keretanya di tepi jalan lalu membawa kanak-kanak tersebut ke arah kereta pasangan itu. Dia kemudian menegur pasangan tersebut.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker