Letusan di Iceland malam tadi

Letusan di Iceland malam tadi

HELSINKI: Gunung berapi meletus di Iceland selepas gempa bumi di negara itu, pada Isnin.

Letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku pada 10.17 malam waktu negara itu menurut Pejabat Meteorologi Iceland.



“Letusan bermula di Semenanjung Reykjanes. Ini boleh dilihat dalam kamera web dan berhampiran dengan Hagafell, sebuah bandar di selatan ibu negara.

“Helikopter Pengawal Pantai meninjau tempat itu dan saiz letusan,” katanya.

Iceland diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dengan letusan gunung berapi selepas gegaran yang aktif, bulan lalu.

Beribu-ribu gempa bumi kecil direkodkan di barat daya negara itu selepas magma beralih di bawah kerak bumi.



Kira-kira 4,000 penduduk Grindavik, sebuah pelabuhan nelayan kira-kira 40 kilometer dari ibu negara sudah dipindahkan pada 11 November lalu.

Iceland mempunyai 33 gunung berapi aktif, jumlah tertinggi di Eropah.

Semenanjung Reykjanes tidak mengalami letusan gunung berapi selama lapan abad sehingga 2021.

Sejak itu, tiga letusan melanda dan semuanya di kawasan terpencil yang tidak berpenghuni. BH



Letusan di Iceland malam tadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?



Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah



Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker