Kenapa DAP minat sangat adakan pilihan raya PBT?
Kenapa DAP minat sangat adakan pilihan raya PBT?
Kerajaan perlu menimbangkan secara teliti cadangan DAP agar diadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak ada pihak yang meraih laba atas angin secara mudah.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Hasmuni Hassan berkata, pilihan raya PBT dilihat sebagai sistem kompleks yang mempunyai impak positif dan negatif jika dilaksanakan.
Jelasnya, perkara itu perlu dipertimbangkan dengan teliti bagi memastikan keadilan dan keberkesanan dalam pemerintahan tempatan sebelum melaksanakannya.
“Kita bimbang ia hanya menjadi seperti ‘tikus membaiki labu’, malah lebih buruk lagi kerugian kepada rakyat apabila ada pihak meraih laba atas angin secara mudah.
“Persoalannya kenapa DAP berminat sangat hendak adakan semula Pilihan Raya PBT ini? Apa agenda sebenar mereka? Saya tidak tahu.
“Mereka tentu ada jawapan yang ‘lebih besar’ dari sekadar demokrasi yang diberi sebagai alasan mewajarkan pilihan raya PBT itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hasmuni berkata, PBT adalah peringkat paling bawah dan hampir kepada akar umbi dalam sistem pemerintahan negara dan pada peringkat daerah ia amat berkuasa.
Katanya, jawatan penting seperti Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis dan ahli majlis mempunyai kuasa terhadap sistem kutipan cukai, cukai pintu dan menggubal undang-undang kecil.
“Sebelum 1964, pilihan raya PBT pernah diadakan bagi memilih jawatankuasa di peringkat daerah atau kerajaan tempatan. Ia adalah warisan penjajah British. Ketika itu pegawai tertinggi PBT dan ahli majlis dipilih oleh rakyat.
“Ia dimansuh selepas 1964 disebabkan mahu mempercepatkan usaha pembangunan yang mana proses membangunkan kawasan dapat dilakukan terus melalui Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
“Ia sudah memadai. Letihlah jika ada satu lagi lapisan little Napoleon yang perlu dihadap dengan kerenah birokrasi dan politik PBT pula,” katanya.
Beliau turut menjelaskan ada kebaikan pilihan raya PBT seperti ia lebih dekat dengan rakyat, fokus pada isu tempatan, membuka peluang pemimpin tempatan dan meningkatkan penyertaan rakyat.
Namun pada masa sama katanya, ia turut membawa keburukan antaranya kelemahan pembiayaan, ketidakseragaman pembangunan, kurangnya keupayaan menangani isu kebangsaan, potensi nepotisme dan kronisme serta kurangnya pakatan strategik.
Ahad lalu, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan diadakan pilihan raya PBT bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan. HM
Kenapa DAP minat sangat adakan pilihan raya PBT?
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Norashman Najib selamat bernikah
- Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran
- Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim
- Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?
Atilia kini bergelar pensyarah