Bilionair Hermes wariskan harta kepada tukang kebun
Bilionair Hermes wariskan harta kepada tukang kebun
Zurich: Salah seorang pewaris Hermès, yang bujang dan tidak mempunyai anak, mahu menyerahkan separuh hartanya kepada bekas tukang kebunnya, lapor Business Insider.
Nicolas Puech mempunyai pertalian darah dengan Thierry Hermes yang mengasaskan rumah fesyen mewah Perancis itu pada 1837. Beliau mahu meninggalkan sebahagian besar kekayaannya kepada bekas tukang kebunnya.
Puech juga merancang untuk mengambil tukang kebunnya itu sebagai anak angkat.
Dilaporkan, Puech memiliki 5.7 peratus daripada modal Hermes. Walaupun jumlah kelihatan kecil, ia tetap menjadikannya pemegang saham individu yang terbesar untuk syarikat itu.
Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan Puech adalah AS$11.7 bilion (kira-kira RM54.86 bilion) sekali gus menjadikannya orang ke-161 terkaya di dunia.
Pembantunya yang berusia 51 tahun berasal dari Maghribi itu sudah bekerja untuk Puech selama beberapa dekad dengan menjadi tukang kebun, tukang, dan pengurus kediamannya.
Lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pasangan itu pada dasarnya menjadi satu-satunya ‘keluarga’ Puech, dan beliau merujuk mereka sebagai anak-anaknya dan anak angkat.
Puech memberi pasangan itu dengan lebih daripada AS$1.6 juta (kira-kira RM7.5 juta) pada 2015 untuk membeli sebuah vila di Marrakech, Maghribi.
Pasangan itu juga membeli pelbagai ladang dan kira-kira 50 tanah pertanian di Sepanyol dan Portugal serta sebuah vila di Montreux, Switzerland yang bernilai lebih AS$4.5 juta (kita-kira RM21 juta).
Puech memberitahu seorang peguam untuk memulakan prosiding anak angkat dan sedang menunggu pihak berkuasa membuat keputusan.
Dilaporkan juga bahawa jika ini berjaya, lelaki itu boleh mewarisi sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan Puech.
Hermès dilaporkan mencatat keuntungan bersih AS$3.7 bilion (kira-kira RM17.3 bilion) pada 2022. HM
Bilionair Hermes wariskan harta kepada tukang kebun
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Norashman Najib selamat bernikah
- Iman Palestin asbab Barat baca al-Quran
- Larangan pamer produk dengan ucapan perayaan tak lagi terpakai – Jakim
- Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anak saya merintih 40 minit depan mata saya