Azeem pecah rekod 200m Terbuka SAECA-SSBJ Innotex

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi hanya menggunakan separuh tenaganya untuk memecahkan rekod kejohanan bagi acara 200 meter (m) di Terbuka SAECA-SSBJ Innotex 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Azeem yang berpangkalan di Amerika Syarikat menemui garisan penamat dengan catatan 21.99 saat (s) sekali gus memperbaharui rekod kejohanan 22.17s yang dilakukan Muhd Syarul Adli pada 2019.

Namun catatan itu bagaimanapun masih jauh daripada catatan rekod kebangsaan 20.77s yang dicatatkan Russel Alexander Nasir Taib di Queensland Track Classic pada 2019.

“Sebelum saya ke sini, jurulatih memberitahu supaya tidak terlalu berlari sepenuh tenaga kerana dalam transaksi pra musim kerana baru habis ‘conditioning’. Saya akan mulakan musim baharu pada Januari.

“Jadi perlu menunggu sehingga masa sesuai dan sebab itu saya perlahankan larian, ini hanya untuk saya dapatkan momentum dan perasaan kejohanan sahaja,” kata Azeem ketika ditemui media selepas menamatkan acara berkenaan, hari ini.

Azeem yang akan cuti rehat sehingga Hari Natal berkata, dia sangat teruja dan agak terkejut dengan sambutan diterimanya pada kejohanan ini dan ia sesuatu yang amat mengujakan.

“Saya tak jangka saya boleh jadi seperti mana hari ini. Ini semua doa dari ibu bapa, guru, jurulatih dan rakan yang sentiasa mendoakan saya. Saya tak nafikan, orang Malaysia yang mendoakan ‘Good Luck’ dan semuanya itu adalah satu doa.

“Saya gembira dengan apa yang ada hari ini, saya harap kalian doakan kejayaan saya, doakan supaya saya juga terus menjadi seperti mana sekarang untuk tidak lupa diri.

“Bagi saya, doa orang sekeliling adalah senjata terkuat saya, itu yang saya perlukan selain daripada diri saya sendiri untuk terus berusaha gigih,” kata Azeem.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker