550 bayi diselamatkan daripada dibuang di tong sampah, kaki lima

550 bayi diselamatkan daripada dibuang di tong sampah, kaki lima

Yayasan OrphanCare sudah menyelamatkan seramai 550 bayi sejak 2008 dengan purata tiga hingga empat bayi sebulan.

Pengerusi Yayasan OrphanCare, Tan Sri Faizah Mohd Tahir, berkata daripada jumlah itu kira-kira 70 peratus bayi berkenaan diambil untuk dijadikan sebagai anak angkat oleh keluarga yang disaring dengan teliti.



“Sebanyak 30 peratus lagi bayi dijaga oleh ibu kandungan mereka sendiri selepas mendapat bimbingan daripada yayasan,” katanya pada majlis ulang tahun Yayasan OrphanCare Ke-15 di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Penaung Yayasan OrphanCare, Cik Puan Besar Kalsom Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Puan Sri Normah Hashim.

Baby Hatch ditubuhkan sejak 2010 untuk membantu menyelamatkan bayi dibuang ibu selepas dilahirkan, dan mencari ibu bapa angkat bagi bayi yang tinggalkan atau tidak mampu dijaga ibu kandung.

Faizah berkata, usaha dilakukan Yayasan OrphanCare semakin mendapat tempat dan ketika ini terdapat ramai keluarga yang sudah mendaftar dengan yayasan itu.



Malah katanya, ketika ini terdapat kira-kira 100 keluarga dalam senarai menunggu untuk mendapatkan anak angkat.

Justeru katanya, yayasan itu yang bermula dengan empat kakitangan, kini sudah mempunyai seramai 18 kakitangan di tiga cawangan iaitu di Petaling Jaya; Johor Bahru dan Sungai Petani.

“Perjalanan selama 15 tahun yayasan ini bukan suatu yang mudah terutama apabila membabitkan pembiayaan supaya usaha yang dilakukan ini berterusan.

“Namun, dengan matlamat utama untuk membantu anak-anak kurang bernasib baik ini dijaga keluarga angkat yang benar-benar inginkan cahaya mata, saya yakin usaha kami akan akan berterusan sama seperti misi kami, memberikan harapan kepada anak-anak melalui keluarga penyayang,” katanya.



Bayi dibuang meningkat

Beliau berharap, ramai pihak akan melihat usaha dilakukan mereka sekali gus turut sama membantu terutama dari segi pembiayaan.

Normah berkata, Yayasan Sime Darby sudah menjalinkan kerjasama erat dengan Yayasan OrphanCare sejak sembilan tahun lalu.

Katanya, usaha dilakukan kedua-dua yayasan itu memberi harapan kepada anak yatim, bayi tidak diingini dan ibu tunggal yang mengandung untuk mendapatkan pelbagai bantuan seperti proses pengambilan anak angkat, penyahinstitusi dan kaunseling.



“Oleh kerana statistik bayi malang yang dibuang terus berada dalam keadaan membimbangkan, Yayasan Sime Darby amat berharap lebih ramai individu, syarikat dan organisasi bekerjasama dengan kami untuk menyokong usaha dilakukan Yayasan OrphanCare ketika ini.

“Saya berharap usaha ini akan dijalankan berterusan supaya dapat memberi kesan positif kepada masyarakat terutama dalam kehidupan mereka yang memerlukan,” katanya. BH

550 bayi diselamatkan daripada dibuang di tong sampah, kaki lima

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker