Wanita mati di lokap Polis Langkawi disebabkan pneumonia bukan jenayah – Polis

KUALA LUMPUR: Punca kematian seorang suspek wanita ketika dalam tahanan reman Polis Kedah atas kesalahan dadah, kelmarin disahkan akibat pneumonia.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata dapatan itu hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, hari ini.

“Hasil bedah siasat dan ujian pengesanan COVID-19 yang dilakukan mendapati, tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan selain negatif COVID-19.



“Pihak hospital mengesahkan punca kematian OKT terbabit adalah disebabkan oleh pneumonia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya kematian OKT terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia ketika berada dalam tahanan reman pihak polis Kedah, kelmarin.



Azri dilaporkan berkata OKT berusia 34 tahun itu ditahan pada 12 Disember lalu untuk siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek kemudian direman di lokap Balai Polis Kuah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Katanya, kira-kira jam 8.05 malam Jumaat lalu, OKT mengadu tidak sihat dan terus dibawa ke Hospital

Sultanah Maliha, Langkawi sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut.



Bagaimanapun, doktor yang merawat mengesahkan kematian OKT terbabit kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat, semalam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker