Polis nafi DSP diberi layanan istimewa

Polis nafi DSP diberi layanan istimewa

IPOH: Selepas dikecam pelbagai pihak, polis menafikan bersikap dwidarjat atau ‘double standard’ berkaitan layanan terhadap pegawai kanan polis ketika didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, menjelaskan tiada layanan istimewa terhadap tertuduh berpangkat Deputi Superintendan (DSP) itu, sebaliknya kawalan ketat diambil untuk menjaga ketenteraman awam di kawasan mahkamah susulan kes berkenaan menarik perhatian umum secara meluas.

Katanya, kawalan sebegitu juga prosedur biasa seperti pesalah biasa yang menghadapi perbicaraan membabitkan kes yang menarik perhatian ramai.

“Malah, kita tak anggap kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) juga seperti mana pesalah biasa, cuma ia menarik perhatian dan kita perlu ada kawalan yang ketat.

“Jadi tidak ada isu double standard. Seperti pesalah-pesalah lain, anggota polis yang mengiringinya dari balai untuk dibawa ke mahkamah, seterusnya dihadapkan kepada hakim adalah proses biasa,” katanya kepada pemberita sewaktu berkunjung ke kediaman keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa, di sini, hari ini.

Hadir sama dalam kunjungan itu, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim.

Terdahulu, ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran SMK Jati, Jumaat lalu diberikan kawalan ketat sekurang-kurangnya lima anggota polis lengkap memakai topeng muka dan berpakaian gelap.

Sebaik prosiding selesai, tertuduh dibawa keluar dari kawasan mahkamah diiringi lima kenderaan bercermin gelap milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rata-rata pengamal media yang membuat liputan kes itu juga menyifatkan liputan kes terbabit tidak dapat dibuat secara bebas, tidak seperti kes-kes bunuh lain yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang yang sama.

Bagi prosiding di dalam mahkamah pula, hanya seorang pengamal media mewakili setiap agensi dibenarkan masuk kamar perbicaraan yang turut dikawal polis.

Sementara itu, Azizi berkata, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kini ditahan di Penjara Taiping sementara menunggu sebutan semula kes pada 7 Februari depan.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan kes kemalangan maut di Ipoh itu dijalankan dengan adil dan telus meskipun membabitkan pegawai kanan polis. BH

Polis nafi DSP diberi layanan istimewa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker