Haram lelaki salam, peluk ‘maknyah’ jika ada rasa ‘stim’

PETALING JAYA – Perbuatan bersalaman dan berpelukan antara seseorang lelaki dan ‘maknyah’ dilarang dan diharamkan sekiranya ia membawa kepada timbulnya fitnah, perasaan syahwat dan seumpamanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, bagaimanapun, jika perbuatan bersalaman dan berpelukan itu tidak membawa kepada fitnah, tohmahan, perasaan syahwat dan seumpamanya, ia diharuskan sekiranya ada keperluan terutamanya dalam konteks dakwah.

“Lebih-lebih lagi, jika dia seorang pendakwah yang ingin berdakwah kepada golongan seperti ini kepada jalan kebaikan, dan ia adalah salah satu pendekatan dakwah dalam mendekati mad‘u.

“Begitu juga jika mad‘u tersebut sedang dalam proses menerima dan berubah ke arah lebih baik, dan bukannya mereka yang masih menzahirkan kemaksiatan melalui penyerupaan dengan wanita dan mencabar hukum agama,” katanya menerusi penjelasan soal jawab agama pada aplikasi Alinarah.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pengirim yang memohon pencerahan mengenai hukum seseorang lelaki bersalaman atau berpelukan dengan ‘maknyah’.

Zulkifli berkata, ulama mengecualikan hukum sunat bersalaman kepada golongan yang disebutkan sebagai amrad al-jamil.

“Amrad di sisi fuqaha’ ialah mereka yang tidak tumbuh janggut atau bulu mengikut kebiasaan lelaki. (Bujairimi ‘ala Khatib, 3/324). Dalam erti kata lain, amrad yang dimaksudkan ulama ialah lelaki yang rupanya seakan-akan wanita,” jelasnya.

Beliau berkata, asas kepada pengharaman bersalam dengan golongan amrad ini sangat jelas hikmahnya.

“Islam tidak menghina golongan amrad, tetapi pengharaman ini demi mengelakkan terjadinya kemungkaran. Jelas pada hari ini, apabila kes homoseksual yang dilaporkan melanda.

“Bermula daripada kes guru meliwat murid di sekolah hinggalah kes perlakuan homoseksual yang melibatkan sesama orang dewasa. Inilah di antara hikmah larangan tersebut. Kami melihat adanya penyerupaan di antara larangan untuk bersalaman dengan amrad dengan golongan transgender.

“Bahkan larangan untuk bersalaman dengan transgender adalah lebih tegas lagi kerana ‘illah kepada larangan itu adalah untuk mengelakkan daripada terjatuh ke dalam kemungkaran dan syahwat,” tegasnya.

Ujarnya, golongan amrad adalah mereka yang semulajadi mempunyai rupa paras menarik.

“Akan tetapi golongan transgender ini sengaja mengubah rupa paras agar menyerupai jantina yang berbeza daripada jantina sewaktu kelahiran. Maka, larangan bersalaman ketika bersyahwat dengan golongan transgender lebih kuat dari segi ‘illahnya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker