Pemimpin MCA mahu UMNO dan MCA henti berbalah
PETALING JAYA: Seorang pemimpin MCA menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perbalahan dalaman, sebaliknya memberi tumpuan pada usaha mengembalikan zaman kegemilangan gabungan itu.
Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata, sikap saling menyalahkan sesama sendiri sama sekali tidak membawa manfaat kepada BN.
“Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Tidak perlu lagi dicari siapa yang mula dan siapa yang balas. Apa yang sudah berlaku, biarkan berlalu menjadi sejarah dan pengajaran.
“Segala kekurangan dan kelemahan kita perbaiki bersama. Dalam politik yang serba mencabar dan dinamik dewasa ini, (kita semua perlu) bersikap profesional serta bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.
Sejak kebelakangan ini, MCA dan Umno sering bertikai, bermula dengan gesaan Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng agar Pengerusi BN Zahid Hamidi mengakui sokongan Melayu terhadap gabungan itu semakin merosot.
Ini susulan dakwaan Zahid bahawa prestasi buruk BN di Kemaman disebabkan “penyokong kuat” gabungan itu tidak keluar mengundi.
Seterusnya, pada sidang Dewan Negara baru-baru ini, bekas naib presiden MCA Ti Lian Ker mempertikaikan kongres ekonomi Bumiputera yang dijadualkan berlangsung pada Januari.
Sebagai respons, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh mencabar Tan untuk turut menerima hakikat bahawa MCA juga kehilangan penyokong Cina dengan ketara, selain memberi amaran kepada Ti supaya tidak menimbulkan isu perkauman.
Neow berkata, BN perlu memberi tumpuan pada usaha membina semula keyakinan rakyat terhadap mereka sebelum PRU seterusnya.
“Jika kita sendiri berpecah-belah dan saling bertikam lidah secara terbuka, bagaimana rakyat mahu kembali kepada kita dan yakin kepada kita untuk memacu serta hebatkan negara ini?”
BN merupakan gabungan paling lama memerintah negara tetapi sokongan terhadapnya merosot sejak kehilangan kuasa buat kali pertama pada 2018, malah pada PRU November lepas, gabungan itu hanya memperoleh 30 kerusi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saravanan, Ka Siong jumpa Najib di mahkamah
- UMNO berkubur lebih awal jika Pas tidak tawar kerusi DUN, Parlimen
- Media tersalah lapor, orang awam ‘mengamuk’ dengan JPJ
- Hans Isaac tak layak jadi bos PSM – Dr Akmal
- Takut Israel bunuh kami – Tebusan Israel
- Kronologi kisah tragis menimpa Zayn Rayyan
- Ini kenapa sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada PM bukan rasuah
- Jangan jadi penunggang agama dalam politik, Dr. Zul ingatkan siapa?
- ‘Munafik’, Menteri Agama tegur Haji Hadi
- Anwar ‘sound’ Menteri dan Timbalan supaya kerap ‘turun padang’
- PU Syed sekolahkan wanita persenda poligami
- Ira Kazar dipanggil ‘ayang’ oleh Sol, netizen pula panas
- Banyak tuduhan dibuat terhadap saya – Ayob Khan
- Ini soal iman, akidah – Alif Satar
- Taman Bandar TRX, syok sangat kah? (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak
You must be logged in to post a comment.