Pemecatan ‘cacat’, Zahid putuskan bukan lembaga disiplin

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil mengesahkan telah menerima surat pemecatan daripada parti, namun enggan merayu kerana keputusan itu dibuat tanpa melalui Lembaga Disiplin.

Bekas ketua penerangan Umno itu mendakwa tindakan berkenaan dibuat Presiden Zahid Hamidi pada mesyuarat MKT, Rabu lalu.

“Tiada guna saya merayu kerana keputusan telah dibuat oleh presiden Umno tanpa melalui Lembaga Disiplin,” katanya di sini hari ini.



Berdasarkan surat pemecatan bertarikh 8 Dis ditandatangani Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki, Isham dipecat berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan Umno.

Ini kerana tindakannya yang melanggar etika ahli Umno.

Susulan kekalahan Umno pada PRK Kemaman, minggu lalu, Isham melancarkan kritikan terhadap pimpinan Umno yang mendakwa parti itu terus menerima penolakan orang Melayu kerana sudah tersasar daripada memperjuangkan Melayu dan Islam.

Beliau turut mendakwa ada pemimpin parti itu rela menjadi “barua” DAP dan memprotes kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya.



Isham menang jawatan MKT pada pemilihan parti Mac lalu dengan mendapat 101 undi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker