Menteri kata tiada lagi diskaun untuk saman JPJ

Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan tidak akan menawarkan diskaun lagi bagi saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian itu telah menetapkan dasar berkenaan sejak dia dilantik sebagai menteri pada 2018.

“Kita sudah ada dasar sejak tahun 2018 lagi. Sejak saya jadi menteri tahun 2018 saya sudah tetapkan dasar tak ada diskaun untuk saman JPJ.



“Mengapa dibuat begitu? Kalau kita ingat saya membatalkan lebih 4 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada tahun 2018. Pada ketika itu memang ramai orang menyambut baik tetapi saya sudah beritahu bahawa itu one off sahaja dan bukannya dijadikan sebagai precedent.

“Kalau kita kutip saman itu RM600 juta lebih hasil kepada kerajaan tetapi kita write off (menghapuskannya),” katanya kepada pemberita pada program Setahun Bersama Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan beberapa pengunjung tidak berpuas hati apabila mendapat tahu JPJ tidak menawarkan diskaun saman pada acara berkenaan.

Sebanyak 102 perkhidmatan kerajaan disediakan pada acara tiga hari itu, termasuk tawaran diskaun 50 peratus bagi saman kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan polis.



Bagaimanapun, beberapa organisasi media melaporkan JPJ turut menawarkan diskaun pada program berkenaan, yang kemudian didapati tidak benar.

Berikutan kekecohan semalam, Loke berkata satu mesyuarat telah diadakan dengan pegawai kementerian dan agensi terbabit untuk menjelaskan isu itu.

Dia bagaimanapun berkata JPJ bertegas tidak akan berkompromi dengan memberi diskaun bagi saman berkaitan kesalahan lalu lintas.

“Saman untuk mendidik tetapi kalau kita bagi diskaun seolah-oleh boleh ditolakansurkan. Dan kita mendapat maklum balas daripada orang ramai bahawa apabila kementerian beri diskaun, ia tidak adil kepada mereka yang bayar pada masa ditetapkan ataupun mereka yang membayar awal,” katanya.



Loke bagaimanapun berkata dia tidak dapat mengulas mengenai agensi lain seperti polis, kerana agensi terbabit mungkin mempunyai pertimbangan lain.

“Walaupun ada orang harapkan ada diskaun, maaflah. Tetapi kita buat program lain seperti pemberian topi keledar percuma dan cara-cara lain untuk kita membantu,” katanya.

Terdahulu Loke mengumumkan kementerian itu akan mengagihkan tambahan 2,000 topi keledar pada program itu esok.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup



Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak



Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker