Anwar pertahankan UMNO
Anwar pertahankan UMNO
Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan UMNO masih jauh daripada berjaya dalam usahanya untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi sokongan rakyat kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu lalu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berpuas hati dengan maklum balas diterima pada mesyuarat antara kepemimpinan PH dengan UMNO, semalam.
“Tidak juga (berhubung UMNO dilihat masih sukar mendapatkan semula sokongan rakyat)… kalau kita tengok peratusan undi, ada sedikit penyusutan undi PAS.
“Tetapi nampak (pengundi) UMNO belum dapat… belum keluar (mengundi dan ini) mungkin patut diberi penjelasan.
“Semalam, kita ada mesyuarat antara pimpinan PH dengan UMNO. Saya berpuas hati, nampak mereka kerah ke akar umbi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara, di sini, hari ini.
BH semalam melaporkan UMNO dikatakan masih jauh daripada berjaya dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Melayu kepada parti itu.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dipetik berkata tugas mengembalikan kepercayaan pengundi Melayu ke pangkuan UMNO ketika ini adalah tugas sukar, namun bukan mustahil.
Pada PRK Parlimen Kemaman, Sabtu lalu, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili BN, tewas kepada calon PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220 undi.
Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi berbanding 27,778 yang diraih Raja Mohamed Affandi.
Mengulas kemenangan Ahmad Samsuri, Anwar yang juga Menteri Kewangan, berharap Naib Presiden PAS itu dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik.
“Saya mengucapkan tahniah atas kemenangan Ahmad Samsuri. Beliau memberikan sekurang-kurangnya kelegaan kerana memberikan imej yang sederhana daripada sikap pemimpin PAS yang jauh lebih ekstrem.
“Mudah-mudahan (kemenangan Ahmad Samsuri) dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas,” kata Ahli Parlimen Tambun itu. BH
Anwar pertahankan UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)