Haqiem Rusli tak kecil hati ditumbangkan pelawak

Haqiem Rusli tak kecil hati ditumbangkan pelawak

Ditewaskan pelawak dalam konsert akhir Famili Duo musim ketiga (FD3), penyanyi Haqiem Rusli tidak berkecil hati namun percaya, semua yang berlaku dalam pertandingan tersebut berbalik kepada rezeki dan adat pertandingan.

Jelas pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli itu, dirinya sudah terbiasa berdepan kekalahan bahkan mengalami situasi sedemikian seawal kemunculannya dalam industri tanah air.

“Saya okey sahaja, jujurnya saya dah melalui perkara sebegini banyak kali dan ada yang saya menang, ada sebaliknya.

“Dahulu saya masuk rancangan Mentor Milenia pun minggu pertama sudah tersingkir, jadi saya sudah terbiasa, adat bertanding begitulah, takkan semua kita mahu menang.

“Sebenarnya berbalik kepada rezeki juga, siapa yang bagus tidak kisah sama ada mereka penyanyi, pelawak atau apa juga latar belakangnya, semuanya berpotensi menang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelantun lagu Mimpi itu bagaimanapun berkata, rancangan berkenaan banyak membuka matanya mempertingkatkan kebolehan dalam diri bukan sekadar penyanyi, bahkan seorang penghibur

“Platform Famili Duo sangat bagus untuk saya tingkatkan lagi mutu persembahan, mungkin selepas ini aksi saya lebih berkonsep atau ada penari dan sebagainya.

“Saya tahu penyanyi bukan sekadar menyanyi tetapi perlu menjadi penghibur.

“Menerusi pentas ini, saya tengok ramai suka saya nyanyi lagu rancak, siapa tahu selepas ini saya akan keluar dengan seleksi rancak, bukan hanya fokus kepada genre balada sahaja.

“Mana tahu selepas ini saya pun muncul bersama lagu dangdut sebab pasaran sekarang nampaknya lebih menggemari genre sebegitu, namun semua masih dalam perancangan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media konsert akhir FD3, malam tadi.

Haqiem Rusli dan sepupunya, Ariff Bahran terpaksa akur menduduki tempat ketiga dengan meraih markah sebanyak 58.3 peratus ditinggal jauh dua lagi peserta lain iaitu Adira dan Emma Suhaimi serta juara FD3, Sharif dan Syaiful.

Program lapan episod tersebut memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus. K Online

Haqiem Rusli tak kecil hati ditumbangkan pelawak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker