Tayang dokumentari Hamas hentam Israel, Gal Gadot hilang sokongan rakan artis

Tayang dokumentari Hamas hentam Israel, Gal Gadot hilang sokongan rakan artis

LOS ANGELES: Gara-gara tindakannya menganjurkan tayangan dokumentari berjudul Bearing Witness to October 7th Massacre, baru-baru ini, pelakon Hollywood, Gal Gadot, kehilangan sokongan daripada rakan-rakan artis.

Menerusi laporan media antarabangsa, Gal, yang sepatutnya berada pada majlis tayangan yang diadakan di sebuah Museum of Tolerance di Los Angeles, Amerika Syarikat, itu turut tidak berada di lokasi tersebut meskipun idea itu daripadanya sendiri.



Menurut laporan, Gal juga tidak mendapat sokongan daripada rakan artis yang dijemput sekali gus menyaksikan banyak kerusi kosong pada majlis tayangan perdana dokumentari tersebut.

Tayangan dokumentari tersebut dilaporkan atas bantuan Jawatankuasa Yahudi Amerika dan Liga Anti Fitnah.

Pengarah dokumentari itu, Guy Nattiv memberitahu penting baginya untuk menayangkan filem tersebut bagi menunjukkan kebenaran tentang peperangan di antara Palestin dan Israel.

Pelakon yang juga bekas pengajar kecergasan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merupakan antara aktres Hollywood yang lantang bersuara mengenai Israel.



Pelakon filem Wonder Woman itu terbuka menyatakan sokongannya terhadap Israel dan berpendirian negara zionis itu berada di pihak yang benar dan menganggap Hamas adalah pengganas Islam. Utusan

Tayang dokumentari Hamas hentam Israel, Gal Gadot hilang sokongan rakan artis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker