Kawasaki Frontale belasah JDT 5-0
KUALA LUMPUR: Peluang untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) lolos ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) semakin tertutup apabila dibelasah Kawasaki Frontale 5-0 di Stadium Todoroki, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan Kawasaki Frontale mengesahkan tempat mereka di pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan I ketika saingan peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan.
Harimau Selatan ketinggalan hanya selepas lapan minit perlawanan berlangsung apabila Akihiro Ienaga menyudahkan umpanan Takuma Ominami.
Lima minit selepas bersambung babak kedua, skuad kendalian Toru Oniki menggandakan kedudukan menerusi rembatan Leandro Damiao yang terkena tiang sebelum menerjah jaring.
Marcinho kemudian muncul pemain ketiga Kawasaki Frontale yang merobek gawang skuad Esteban Solari dalam perlawanan itu selepas dia menanduk masuk bola hantaran Miki Yamane pada minit ke-60.
Permainan lebih berkualiti dipamerkan Kawasaki Frontale terus membuahkan hasil dengan pemain gantian, Yu Kobayashi meledak gol keempat, sembilan minit kemudian.
Malang terus menimpa Harimau Selatan apabila gawang mereka bocor buat kali kelima dan kali ini menerusi Yamane pada minit ke-88, sekali gus mengesahkan kemenangan besar Kawasaki Frontale.
Kemenangan bersih dalam lima perlawanan menyaksikan Kawasaki Frontale terus unggul di tangga teratas kumpulan dengan mengumpul 15 mata, enam mata di hadapan pasukan tangga kedua, Ulsan Hyundai yang mengatasi BG Pathum United 3-1.
JDT di kedudukan ketiga dengan menghimpun enam mata, manakala BG Pathum United yang tewas semua lima perlawanan menghuni tangga tercorot dan sah terkeluar dari perebutan tiket ke pusingan seterusnya.
Harimau Selatan akan menutup saingan peringkat kumpulan berdepan BG Pathum United sementara Kawasaki Frontale pula berdepan Ulsan Hyundai dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung pada 12 Disember ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)