Budak ‘kepala besar’ maut dalam nahas kereta dipandu ibu

Budak ‘kepala besar’ maut dalam nahas kereta dipandu ibu

KLUANG: Kanak kanak orang kurang upaya (OKU) maut manakala ibu dan abangnya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selar Taman Ilham, di sini petang semalam.

Nor Rahil Raihan Mohd Shahrul, 5, yang juga penumpang belakang Naza Ria disahkan maut jam 10 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata Naza Ria dipandu ibu mangsa dari arah Kampung Paya ke arah Taman Ilham disyaki hilang kawalan.

“Naza Ria itu melanggar bahagian tepi Proton Wira yang sedang diparkir dan pagar lokasi kejadian.

“Pemandu Naza Ria Aishah Mohd Saleh, 34, dan anak lelaki, Nor Izzul Islam Mohd Shahrul, 8, yang juga penumpang hadapan cedera. Nor Rahil Raihan yang mengalami pendarahan kronik dan kecederaan dalaman abdomen maut ketika dirawat.

“Pemandu Proton Wira berusia 22 tahun selamat,” katanya.

Sebelum ini, kisah kanak kanak OKU berkenaan yang menghidap penyakit hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak), buah pinggang rosak serta pendarahan dalam perut mendapat liputan media.

Penyakit yang diderita mangsa sejak lahir itu menyebabkannya memiliki kepala yang besar.

Ibunya dilaporkan selalu berdoa penderitaan anak bongsu daripada tiga beradik itu berakhir dan berharap ada keajaiban berlaku. BH

Budak ‘kepala besar’ maut dalam nahas kereta dipandu ibu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker