Sabah Maju Jaya, tapi tiada bekalan air, elektrik
Sabah Maju Jaya, tapi tiada bekalan air, elektrik
KOTA KINABALU: Masalah kemudahan asas di Sandakan seolah-olah seperti di Palestin, tiada bekalan air dan bekalan elektrik.
Demikian kata Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO-Lamag) semasa perbahasan Belanjawan Negeri dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
“Keadaan (masalah) di Sandakan macam di Palestin, air tidak ada, elektrik tidak ada, macam mana mahu hidup dua-dua bekalan itu tiada. Tapi, Sabah Maju Jaya (SMJ). Di mana majunya? kampung mana yang maju, daerah mana yang maju?. Semua penjuru ada papan tanda SMJ tapi kemajuannya tidak ada.
“Malah, krisis air di Sabah berleluasa dan saya ada kebimbangan kalau tidak ditangani, ia akan terus menjadi kanser kepada negeri Sabah,” katanya.
Bung Moktar berkata, beliau agak kecewa apabila kerajaan negeri hanya meminta RM300 juta bagi menangani masalah bekalan air di Sabah.
Katanya, semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya dulu, beliau mengambil masa selama lima bulan untuk menjalankan kajian dan mendapati Sabah memerlukan antara RM20 hingga 30 bilion bagi menyelesaikan masalah air di negeri ini.
“Jadi, saya mahu tanya menteri kenapa hanya mengemukakan RM300 juta untuk selesaikan air di Sabah, ini kita seperti aniaya orang Sabah,” katanya.
Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai keberkesanan pengurusan anak syarikat kerajaan, SMJ Energy Sdn Bhd yang melancarkan sukuk wakalah atau bon Islamik berjumlah RM900 juta.
Katanya, kebimbangan itu dizahirkan apabila sukuk wakalah tersebut menggunakan pelbagai mata wang asing yang terpengaruh dengan keadaan semasa dunia. Malah, ada penganalisis ekonomi menyatakan bahawa sekiranya bon itu tidak diuruskan dengan baik, SMJ Energy boleh menjadi seperti 1MDB.
Dalam pada itu, Bung Moktar juga menyarankan agar Sabah mewujudkan satu pusat sehenti bagi memastikan pelaksanaan projek-projek Persekutuan dapat diuruskan dengan lebih efisien.
Menurut beliau, peruntukan Persekutuan tidak pernah dibelanjakan sepenuhnya dan peruntukan paling tinggi dibelanjakan hanya 52 peratus.
Maka, sudah tiba masa untuk Sabah mewujudkan pusat sehenti bagi memastikan apabila ada projek Persekutuan yang dicadangkan maka, perkara berkaitan pengambilalihan tanah, utiliti seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya serta pembentungan dapat diselesaikan secara bersama. Utusan
Sabah Maju Jaya, tapi tiada bekalan air, elektrik
Baca Artikel Menarik:
- Alif Teega kahwin dua
- Cabul kakak ipar sedang lipat kain, buruh dipenjara 8 bulan, 1 sebatan
- PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
- 3 pelajar Palestin ditembak di Vermont, AS
- Apakah ada konsert terkecuali dari enakmen Kelantan?
- Anwar sedia buktikan di mahkamah Muhyiddin tak hapus hutang peneroka Felda
- Khairy mahu Anwar rombak kabinet segera
- Sudahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi
- Aksi tak senonoh di hospital, lelaki direman 4 hari
- Balu Abam doakan perniagaan Ali Puteh berjaya supaya dapat bayar hutang
- Shila, Tom, Ryan Bakery serta pasangan tersingkir jua
- GV10: Aliff Aziz tersingkir, Naqui nombor satu
- Nikki Palikat tak seksi – Ramli MS
- Isu KWSP satu tembakan buat Shuib
- Kekasih anak Fandi Ahmad kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)
You must be logged in to post a comment.