Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera

Ahli Parlimen Ketereh mendakwa sejak 2013 beliau tidak pernah mendengar mana-mana menteri pertahanan membawa perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera

Perang mulut tercetus antara Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) dan Mohamad Hasan (BN-Rembau) di Dewan Rakyat berhubung isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera (ATM) yang berlarutan hampir 10 tahun.

Terdahulu, Khlir mendakwa sejak 2013 hingga kini, beliau tidak pernah mendengar mana-mana menteri pertahanan membawa perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri.



“Kalau ada (menteri bawa ke Kabinet) bagitahu saya. Tapi saya tak pernah dengar lagi,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Mohamad yang juga menteri pertahanan sambil mempersoalkan bagaimana Khlir mengetahui beliau tidak pernah membawa perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya ada bawa banyak kali,” katanya menggesa Khlir menarik balik tuduhan itu.

Khlir kemudian berkata hanya akan menarik balik tuduhan itu jika Mohamad benar-benar membawanya ke mesyuarat Jemaah Menteri.



“Saya bawa ke Kabinet, tuduhan tadi mengatakan saya tak bawa, tarik balik. Minta tarik balik, itu tuduhan bukan kenyataan,” katanya.

Khlir akhirnya akur dan menarik balik tuduhan itu.

“Saya kata kalau bawa okay, kalau tak bawa, bawalah…okay tariklah,” katanya. FMT

Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker