Gunung berapi Dukono di Indonesia meletus

Gunung berapi Dukono di bahagian timur Indonesia meletus pagi Rabu, mendorong pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pelancong supaya mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi itu.

Selain itu, penduduk berhampiran kawah Malupang-Warirang di Halmahera Utara, sebahagian daripada Kepulauan Maluku, dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko ancaman masalah pernafasan, menurut agensi volkanologi Indonesia (PVMBG).

“Letusan berkala mengeluarkan abu gunung berapi mencecah ketinggian antara 100-1,900 meter dengan tebaran abu mengikut arah dan kelajuan angin,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Walaupun kekerapan letusan berkurangan, data rakaman gegaran PVMBG menunjukkan tanda-tanda bekalan magma meningkat ke permukaan.

Sehingga kini, tahap aktiviti gunung berapi kekal pada tahap II atau ‘Alert’ (bersiap-sedia).

Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Halmahera Utara, Hence Heteria, letusan Dukono bermula jam 8 malam waktu tempatan pada 8 Oktober lepas, selepas berlaku bunyi dentuman dan letupan kuat.

“Letusan itu menyebabkan hujan abu gunung berapi meliputi empat mukim setakat ini,” katanya.

Empat mukim yang terdedah kepada abu gunung berapi itu termasuk Tobelo Utara, Tobelo, Tobelo Tengah dan Tobelo Selatan, melibatkan 49 kampung dan menjejaskan 86,197 penduduk.

Beliau bekata, letusan itu tidak memberi kesan ketara kepada masyarakat, namun pihak berkuasa tetap bersiap sedia mengedarkan 8,000 hingga 10,000 pelitup muka sehari.

Gunung Dukoni setinggi 1,087 meter dari aras laut, mempunyai dua kawah aktif, termasuk Malupang-Warirang yang menjadikannya antara gunung berapa paling aktif dan kerap meletus sehingga kini.

Ia meletus pada skala yang lebih kecil pada tahun 1719, 1868, dan 1901 dan secara berterusan meletus sejak 1933, menyebabkan kerosakan tanpa kemalangan jiwa. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker