Pemimpin Islam kena bertindak tegas henti kekejaman Israel
Pemimpin Islam kena bertindak tegas henti kekejaman Israel
oleh Mohd Ayop Abd Razid
ISRAEL terus mengganyang umat Islam Palestin di Gaza, namun pemimpin Islam hanya mampu mengeluarkan kenyataan mengutuk dan membidas kezaliman itu.
Mereka tidak mampu berpakat dan bersatu hati untuk mengambil tindakan konkrit terhadap rejim Zionis yang sudah 70 tahun merampas tanah Palestin. Apa yang ditagih adalah perjanjian damai atau gencatan senjata sedangkan Gaza dan penduduknya hancur dikerjakan Israel.
Malah ada yang sanggup menyalahkan pejuang Islam seperti Hamas sedangkan mereka sudah berjuang begitu lama untuk mempertahankan tanah air sendiri. Lebih sakit di negara kita, ada juga pihak yang melarang laungan takbir dalam perhimpunan solidariti Palestin.
Tidak terhitung jumlah umat Islam Palestin yang dibunuh, ditangkap, ditahan dan diperlakukan dengan pelbagai bentuk kezaliman. Kanak-kanak, wanita, warga tua dan orang awam dibunuh sesuka hati. Dalam serangan kali ini, Israel membunuh lebih 12,000 jiwa dengan ribuan lagi parah.
Paling keji, Israel menyerang dan menawan hospital dan membunuh kakitangan perubatan. Bukan sahaja hospital, Israel turut menyerang sekolah, masjid dan kemudahan awam dengan penggunaan senjata dan bom yang ada sesetengahnya dilarang pada peringkat antarabangsa.
Gaza kini berhadapan krisis kemanusiaan, tetapi tidak dipedulikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sedangkan pemimpin Israel itu boleh diheret ke Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa. Namun, mereka kebal dan dilindungi Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Penjenayah perang paling kejam, zalim
Hakikatnya Israel adalah penjenayah perang yang tidak berperikemanusiaan. Sejarah kaum Yahudi menunjukkan bahawa mereka adalah bangsa yang banyak membunuh Nabi dan Rasul, selain menghasut Rom membunuh Nabi Isa AS. Mereka juga membelakangkan perintah agama yang dibawa oleh Nabi, termasuk Nabi Musa AS yang menyelamatkan puak itu daripada penindasan Firaun dan tenteranya. Mereka juga meminda dan menokok tambah kandungan kitab Taurat serta melakukan syirik dan pelbagai kemungkaran.
Mungkin disebabkan kejahatan itulah, mereka sering ditimpa musibah atau azab dengan serangan ganas daripada pelbagai kaum kerajaan lampau. Mereka dibunuh dan diusir dari bumi Palestin sehingga menjadi kaum yang tidak bernegara dan berkelana di seluruh pelosok dunia, malah begitu ramai yang bertebaran di negara Eropah malah terbabit dengan Holocaust oleh tentera Nazi pimpinan Hitler.
Apabila mereka dibantu British, Perancis dan AS mendirikan negara haram Israel di Palestin, kekejaman mula berlaku. Mereka membunuh orang Palestin sejak 1948 hingga kini. Doktrin Zionis Yahudi menghalalkan pembunuhan orang bukan Yahudi untuk menguasai dunia. Bagi mereka orang Islam dan Kristian bertanggungjawab terhadap nasib malang mereka selama ini. Palestin menjadi sasaran pertama dengan tujuan mendirikan sebuah negara Yahudi dan pusat Zionis Dunia.
Namun, ia adalah sebuah mimpi yang tidak mudah. Meskipun berupaya merampas sepenuhnya bumi Palestin, namun, mereka akan tetap berdepan tentangan penduduk tanah Arab yang luas dan umat Islam di seluruh dunia hingga akhirnya nanti akan berlakunya perang besar atau sering disebut sebagai ‘Armageddon’. BH
Pemimpin Islam kena bertindak tegas henti kekejaman Israel
Baca Artikel Menarik:
- Betulkah PAS tepu tanpa PN?
- Pecat pekerja pakai salib, restoran Cina Muslim dikecam warganet
- IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
- Uqasha nampak macam hamil
- Sudahlah Shakilla, Fizi Ali, dah naik meluat
- PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh
- Nadeera kena ‘lambung’ juri GV10
- Ben Shapiro the Zionist accuses Jesus as gangster
- Peguam Syarie dedah suami hanya beri nafkah RM2 sehari upah isteri buat kerja rumah
- Akaun TikTok disekat, Uyaina tak menyerah kalah
- Dakwaan Elon Musk anti-Semitik, Apple, Walt Disney tarik iklan di X
- Kesihatan Zahid Hamidi terjejas? Nurul jawab kepada mereka ‘yg terpaling tahu’
- TMJ ‘belasah’ pihak yang tunjuk pandai persoal persembahan Harimau Malaya
- Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan
- Peguam Negara sangkal KJ, GEG boleh dicabar di mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang
You must be logged in to post a comment.