‘Malaysia bukan negara sekular’ – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO

SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan Malaysia bukan negara sekular yang memisahkan pentadbiran negara dan negeri daripada agama Islam.

Beliau berkata, amalan urus tadbir Islam telah menjadi sebahagian daripada pemerintahan dan perundangan negara.

Menurutnya, undang-undang Islam dalam hal ehwal kekeluargaan telah terlaksana sebagai bidang kuasa kerajaan negeri menurut peruntukan Perlembagaan Malaysia.



“Malaysia sebagai negara Persekutuan yang awalnya menggabungkan sembilan negeri Melayu berdaulat telah mengekalkan kuasa berkaitan Islam di bawah Raja-raja berdaulat setiap negeri sebagaimana kehendak raja-raja Melayu di setiap negeri tersebut.

“Bukan itu sahaja, undang-undang kesalahan syariah dalam perkara takzir diperundangkan menerusi dewan undangan negeri sebagai undang-undang negeri yang dipanggil enakmen kesalahan jenayah syariah.

“Ia digubal dan dilaksanakan selaras dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang membuka laluan untuk semua negeri-negeri dalam Malaysia menggubal undang-undang kesalahan jenayah,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyen terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.



Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan Iki Putra mencabar keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung kesalahan seks luar tabii.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin memaklumkan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan yang merupakan penambahbaikan bagi Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 yang bermula pada zaman UMNO menerajui kerajaan Kelantan.

Beliau berkata, ia kemudian disemak semula pada 2016 dan berakhir pada 2019 lalu dijenamakan sebagai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan.

Menurutnya, kes berkenaan tidak perlu menjadi bahan politik murahan untuk mengangkat atau mengecam mana-mana pihak.



“Untuk merealisasikan matlamat ini kuasa politik umat Islam perlu disatukan antara yang menjadi kerajaan dan pembangkang.

“Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan semua parti adalah jalan terbaik untuk kita merungkai isu ini secara harmoni, namun apabila ia tidak berlaku maka satukanlah suara politik umat Islam tanpa membina sebarang sentimen kepada mana-mana pihak,” ujarnya,

Dalam pada itu, beliau memberitahu, semua pihak perlu bergerak bersama memperkasakan Islam di dalam negara.

“Semua wajar duduk bersama menerusi satu jawatankuasa bersama melihat kaedah yang menguntungkan umat Islam.



“Politik adalah untuk memperkasakan Islam bukan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker