Agus beri keterangan berkait video Wahab 2 petang ini
Agus beri keterangan berkait video Wahab 2 petang ini
Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil petang ini untuk dirakam keterangan berhubung video tular membabitkannya dengan individu dikenali “Wahab”.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata proses itu dijadualkan pada 2 petang di IPD Kajang akan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Beliau berkata, proses merakam keterangan Penolong Pegawai J-KOm Abdul Wahab Abdul Kadir yang dikatakan individu dikenali “Wahab” dalam video itu pula akan diadakan dalam tempoh terdekat.
“Selain Agus dan Abdul Wahab, terdapat lagi individu-individu yang dijangka akan dipanggil (rakam keterangan) bagi membantu siasatan,” katanya, menurut Berita Harian.
Jumaat lalu, Agus yang meletak jawatan ketua pengarah J-Kom sehari sebelum itu mendakwa video perbualan tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai disuai pinda dan disunting.
Beliau mengkritik penularan video tersebut, mengatakan pihak tertentu menggunakan tuduhan seksual terhadapnya.
“Wahab” yang diperkenalkan sebagai individu lain dipaparkan dalam video tular tersebut dikenal pasti sebagai Abdul Wahab Abdul Kader, yang bekerja di J-Kom sebagai pembantu pegawai komuniti daerah.
Beliau menyokong dakwaan bahawa video tersebut disunting, oleh pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Agus, selain mendakwa komplot itu “didalangi oleh individu-individu berjawatan tinggi di dalam J-Kom”. FMT
Agus beri keterangan berkait video Wahab 2 petang ini
Baca Artikel Menarik:
- Betulkah PAS tepu tanpa PN?
- Pecat pekerja pakai salib, restoran Cina Muslim dikecam warganet
- IDF tidak mampu tumpaskan Hamas
- Uqasha nampak macam hamil
- Sudahlah Shakilla, Fizi Ali, dah naik meluat
- PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh
- Nadeera kena ‘lambung’ juri GV10
- Ben Shapiro the Zionist accuses Jesus as gangster
- Peguam Syarie dedah suami hanya beri nafkah RM2 sehari upah isteri buat kerja rumah
- Akaun TikTok disekat, Uyaina tak menyerah kalah
- Dakwaan Elon Musk anti-Semitik, Apple, Walt Disney tarik iklan di X
- Kesihatan Zahid Hamidi terjejas? Nurul jawab kepada mereka ‘yg terpaling tahu’
- TMJ ‘belasah’ pihak yang tunjuk pandai persoal persembahan Harimau Malaya
- Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan
- Peguam Negara sangkal KJ, GEG boleh dicabar di mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.