Masalah kekurangan guru bersifat sementara – Fadhlina

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, masalah kekurangan guru bukan sahaja berlaku di SJKC dan SJKT, tetapi di semua jenis sekolah, termasuklah di Sekolah Kebangsaan (SK).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, isu tersebut adalah bersifat sementara

“Keperluan guru baharu sekolah rendah direncana berdasarkan kepada kekosongan perjawatan mengikut opsyen serta guru masuk dan keluar daripada sistem mengikut opsyen keluaran latihan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).



“Strategi bagi mengatasi isu ini dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang. Ini termasuk menerusi lantikan Contract of Service (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan PISMP,” katanya melalui sebuah kenyataan, hari ini.

Tambah Fadhlina, pengambilan guru melalui PISMP dilakukan secara berterusan bagi mengisi kekosongan di semua jenis sekolah melibatkan semua opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

“Isu ini telah dibincangkan dalam beberapa sesi libat urus hala tuju pendidikan bersama SJKC dan SJKT sepanjang tahun ini.

“KPM sentiasa prihatin mengenai perkara ini dan memastikan kebimbangan setiap pemegang taruh ditangani dengan wajar,” katanya.



Menurut Fadhlina, KPM juga telah melaksanakan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyen (retagging) guru opsyen Bahasa Cina di semua sekolah.

“Setiap proses berkenaan unjuran guru dilaksanakan dengan teliti bersandarkan kepada data yang telah disahkan serta menerusi sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

“Intervensi ini penting bagi memastikan hanya data rasmi dan tepat yang dijadikan rujukan berkaitan unjuran kekurangan guru bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fadhlina memberi jaminan KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah dapat diatasi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker