Mental Mafarikha hampir ‘koyak’, saksi 3 kematian
Mental Mafarikha hampir ‘koyak’, saksi 3 kematian
Menyaksikan kematian tiga pesakit kritikal di depan mata sendiri antara pengalaman ngeri dilalui penyanyi Mafarikha Akhir sepanjang sebulan ditempatkan di sebuah hospital akibat Covid-19 tahap lima.
Akuinya yang turut ditebuk pada tulang rusuk kanan berikutan paru-paru tidak stabil, situasi dilalui membuatkan mentalnya hampir terjejas namun dapat dikawal supaya kekal tenang.
“Sejak 24 Oktober, tiga pesakit kritikal meninggal dunia di sebelah saya. Untuk kekal waras di hospital bukan mudah tapi hidup mesti diteruskan.
“Saya telah melihat banyak (perkara) sepanjang 29 hari ini, seperti pesakit yang jantungnya berhenti selama enam minit dan hidup semula tetapi mati beberapa jam kemudian.
“Lagi lama dekat sini, saya fikir mungkin bertukar jadi doktor atau jururawat,” luah penyanyi Angin itu menerusi hantaran dalam InstaStory.
Wanita berusia 29 tahun yang selesa disapa Mafa itu tidak ketinggalan berkongsi momen yang dirasakan lucu apabila jururawat memintanya mengira angka satu hingga 10.
Pada masa sama, dia turut berkongsi beberapa adab ketika melawat pesakit yang ditidurkan atau separuh sedar sebagai ingatan kepada semua.
“Pelawat jangan meraung atau menangis sekuat-kuatnya ketika melawat pesakit. Jangan cuba kejut pesakit kerana mereka ditidurkan secara sengaja dan bukan tidur sendiri.
“Cuba buat mereka rasa tenang sebab pesakit boleh mendengar. Selain itu, bercakap dengan nada perlahan dan tenang. Jangan baca ayat kuat-kuat atau meraung.
“Jaga adab. Cakap kepada pesakit bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi dan semua orang sedang menunggu mereka bangun. Jadi, pesakit secara tidak langsung akan berjuang untuk terus hidup,” katanya.
Penyanyi itu dimasukkan ke hospital di Kajang hujung bulan lalu sejurus tiba di Malaysia selepas pulang dari bulan madu bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa di Istanbul, Turkiye.
Ketika ini, genap 30 hari dia ‘berkampung’ di wad pemantauan sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas menunjukkan perkembangan positif. K Online
Mental Mafarikha hampir ‘koyak’, saksi 3 kematian
Baca Artikel Menarik:
- Pandangan Musa Hassan tentang kemelut politik buat ‘mereka’ terpukul
- Dewan Tertinggi BN putuskan untuk kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri
- Komponen parti terikat undang-undang anti-lompat
- Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan
- Agong perlu lantik PM kerajaan minoriti, jika tiada penyelesaian kukuh
- Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
- Anwar nak pergi mana tu?
- Peluang UMNO untuk bangkit tipis sekiranya bersama PN – Hamidah
- Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur
- Harap PN tidak cari BN di Pahang
- Abang Jo demands 10pc of federal development fund be allocated to Sarawak
- ‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
- Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
- Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET