Polis siasat gambar borang rentas negeri kosong siap bertandatangan


Contoh

Polis Kemaman telah membuka kertas siasatan berhubung gambar borang rentas negeri kosong yang sudah bertandatangan, yang tular di media sosial sejak semalam.

Mengakui borang tersebut dikeluarkan di Balai Polis Chukai di daerah itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata terdapat pemalsuan tandatangan pegawai polis pada borang tersebut.

“Siasatan awal dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang itu,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook.



Tambahnya, borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temu duga kerja yang dijadual pada 8 April.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Kesekseaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya lagi.

Terdahulu, sebuah akaun Facebook bernama “NurulAin” memuat naik borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Polis Chukai, Kemaman.

Gambar itu kemudian turut disebarkan di media sosial lain dan menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya mempersoalkan borang tersebut. Mk



Notis Rentas Negeri Diperketat Punya Pasal Kerana Selebriti dan Instafamous. Sekali Sharnaaz The Mamu Sound Padu…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker