Perang dingin, kenapa sukarkan kami – Anwar

Perang dingin, kenapa sukarkan kami – Anwar

SAN FRANCISCO: Negara seperti Malaysia dan kumpulan serantau seperti Asean tidak harus dipaksa melihat dunia ini serta kuasa besar dalam set minda perang dingin, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keadaan sekarang lebih berkecamuk dan kompleks, yang memerlukan negara sama ada besar atau kecil, berganding bahu serta bekerjasama dan tidak melakukan sebaliknya.

Oleh itu, mengapa pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping di luar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) penting.

“Ia harus memberi satu mesej jelas bahawa kita boleh bekerjasama dan percaya satu sama lain untuk menyelesaikan masalah serius seperti perubahan iklim,” katanya dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan “The Global Economy and State of The World” di sini semalam.

Terlalu banyak isu kontroversi sedang berlaku, kata Anwar yang memberi contoh peperangan di Ukraine dan Gaza.

“Anda mesti mencuba dan menerima hakikat anda mungkin tidak dapat mencapai semua hasil diinginkan, tetapi libat urus ini penting untuk dicuba dan mewujudkan bidang boleh dilaksanakan.

“Negara seperti Malaysia dan Asean tidak boleh dipaksa melihat dunia dan kuasa besar dalam set minda perang dingin.”

Beliau menekankan AS dan China sama penting bagi Malaysia.

“AS merupakan rakan tradisi dan pelabur utama di Malaysia, tetapi berlaku perubahan dan peningkatan dalam perdagangan dan pelaburan dari China.

“Jadi, mengapa meletakkan kami dalam keadaan sukar, satu mainan campur-tolak. Untuk manfaat negara membangun dan juga untuk Barat dan Timur, saya percaya penyelesaiannya sudah tentu kerjasama lebih hebat.

“Pemimpin bijak dengan wawasan dan komitmen. Kita harus berkongsi idea dan boleh menyelesaikan isu dengan lebih berkesan.”

Anwar tiba di sini pada 13 Nov lalu untuk menghadiri mesyuarat pemimpin ekonomi APEC (AELM) dari 14 hingga 17 Nov, yang juga penampilan sulungnya selaku perdana menteri Malaysia dalam mesyuarat itu.

Beliau diiringi isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz; Menteri Luar, Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; selain pegawai kanan kerajaan. FMT

Perang dingin, kenapa sukarkan kami – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker