Lompat keluar ketika teksi bergerak kerana tak nak bayar tambang

Wanita itu melompat selepas gagal menurunkan harga tambang. – SCMP

Seorang wanita di China melompat keluar dari teksi yang sedang bergerak selepas pemandu menolak permintaannya untuk mengurangkan separuh bayaran tambang.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, wanita tidak dikenali dari wilayah Guizhou itu membuka pintu teksi sejurus selepas tawar-menawar dengan pemandunya gagal.

Dalam satu video tular di media sosial, wanita yang duduk di kerusi penumpang hadapan dilihat bertengkar dengan pemandu teksi sebelum melompat keluar.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) pada 3 November lalu. Apabila wanita itu masuk ke dalam kereta, pemandu itu memberitahu tambangnya ialah 20 yuan (RM12.95).



Sesi tawar-menawar berlaku namun pemandu itu kekal dengan harganya. Wanita itu kemudian mengugut ingin membuat aduan kerana  bayaran yang dikenakan tidak wajar.

“Anda boleh menyuarakan aduan anda,” jawab pemandu itu sebelum wanita berkenaan berpaling untuk membuka pintu dan memberitahunya bahawa dia akan melompat keluar.

Pemandu itu memandangnya sekilas tetapi tidak memberhentikan kereta. Wanita itu kemudiannya jatuh ke atas jalan sambil menangis kesakitan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker