‘Pendirian saya, Universal Music Group tak selari’ [VIDEO]

Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi 'naik angin' tegur portal hiburan

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan pendiriannya jauh bertentangan dengan kenyataan syarikat rakaman antarabangsa Universal Music Group (UMG) yang menyokong tindakan kejam tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Pemilik nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin itu berkata, kenyataan label terbabit tidak mewakili mana-mana individu, tambahan pula dia bukan artis yang berpayung di bawah syarikat berkenaan.

“Kenyataan itu sangat mengejutkan (tetapi) mereka adalah sebuah label antarabangsa dan saya percaya pendirian Universal Malaysia tidak sama.



“Apa yang disuarakan juga tidak selari dengan pendirian saya. Ini kerana saya tetap menyokong Palestin, rakyatnya dan perjuangan saudara seagama kita.

“Universal Music Malaysia bekerjasama dengan saya pun hanya sebagai pengedar, bukannya saya di bawah mereka,” katanya kepada HibGlam ketika pelancaran produk BeauSiti, hari ini.

Album terbaharu yang juga buah tangan studio ke-20 Siti iaitu Sitism adalah edaran Universal Music Malaysia.

Penghibur nombor satu negara itu memberikan maklum balas tersebut susulan sokongan terbuka UMG kepada zionis, baru-baru ini.



Perkongsian syarikat berkenaan dalam laman sosial turut meraih kecaman ramai termasuk peminat artis yang diwakili pihak terbabit.

Sementara itu, bagi menjaga sensitivi situasi semasa terutama impak konflik berdarah di Gaza, Siti dan pasukannya sepakat menangguhkan konsert mega yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2024.

“Perancangan untuk konsert besar yang juga bersempena sempena ulang tahun ke-28 saya dalam industri muzik perlu ditangguhkan dahulu kerana keadaan sekarang yang tengah sensitif.

“Bagaimanapun, saya merancang untuk merealisasikan satu majlis membabitkan kutipan dana yang akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin,” ulasnya.



Menurut Siti lagi, dia kini lebih selektif apabila membabitkan tawaran persembahan selain enggan terlalu berkongsi aktiviti harian kecuali perkara membabitkan komitmen tugas.

“Hidup kita mesti diteruskan terutama berkaitan kerja tetapi kalau kita buat aktiviti menyeronokkan lebih baik tidak terlalu berkongsi di media sosial.

“Sekarang, kalau ada undangan menyanyi pun saya akan cuba selitkan dengan lagu-lagu ketuhanan dan berkongsi perkembangan di Gaza menerusi makluman petugas Yayasan Nurjiwa di sana,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker