Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
Bangkok dan Hatyai, Thailand terkenal sebagai salah satu destinasi pilihan pelancong solo atau bujang khususnya dari Malaysia kerana ia mudah diakses melalui pengangkutan udara dan darat serta faktor layanan mesra daripada penduduk, hidangan pelbagai jenis makanan termasuk halal serta pelbagai tarikan menarik.
Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, Cleland Robertson berkata, Bangkok menjadi tumpuan pengembara beg galas terutamanya di Jalan Kao San yang dipenuhi dengan hostel.
“Dengan warga tempatannya yang mesra serta jumlah pengembara solo yang berasal dari serata dunia di sini, anda berpeluang untuk menjalinkan persahabatan dengan mudah.
“Pada waktu siang, terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk diterokai. Antaranya, Istana Besar, pasar hujung minggu Chatuchak yang terkenal atau lorong-lorong di Chinatown yang sibuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Robertson berkata, bercuti secara solo boleh dikatakan salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada diri sendiri. Sama ada untuk meneroka budaya baharu, menjalin hubungan dengan kawan baharu atau menyambung semula dengan rasa pengembaraan dan kebebasan diri sendiri.
“Melakukan perjalanan solo lazimnya memerlukan seseorang itu melangkah keluar dari zon selesa diri sendiri.
“Mereka yang berani memulakan pengembaraan bersendirian pastinya akan menerima ganjaran yang berupa kenangan yang paling istimewa dalam hidup mereka,” ujarnya.
Selain itu, Hatyai yang berdekatan dengan sempadan Malaysia pula menyediakan kemudahan sambungan kereta api ETS yang mesra bajet dan pelbagai pilihan tawaran makanan halal.
“Walaupun ia mungkin tidak berkongsi kemasyhuran kota-kota metropolitan negara Thailand yang lain, bandar tersebut menarik perhatian pelancong dengan layanan Thai yang mesra, makanan tempatan yang lazat, kawasan hijau yang subur dan pelbagai pengalaman budaya yang unik.
Bagi pengembara solo, kemudahan teksi motosikal yang pantas dan berpatutan juga merupakan salah satu daya tarikan bandar ini. K Online
Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
Baca Artikel Menarik:
- Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju
- Tom hampir terjatuh, kandungan selamat
- Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan
- MP Gua Musang akhirnya buka mulut
- BN sahkan Bekas Panglima ATM sebagai calon di PRK Kemaman
- MP Labuan akan bertanding dalam parti lain dalam PRU akan datang
- Bersatu tak bersatu
- Calon Bersatu bai’ah jika mahu tanding lambang bulan – Murshidul Am PAS
- Gantirugi RM600 ribu, pengajaran buat ‘kaki buli’, pengurusan sekolah dan KPM
- Persembahan Nikki Palikat ditegur hilang identiti
- Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun
- Mengapa baru sekarang PN bantah petisyen cabar enakmen jenayah syariah?
- Remaja maut beberapa saat selepas curi motosikal
- Polis buru lelaki ragut rantai leher emas suri rumah [VIDEO]
- Ini pendirian OIC terhadap negara pengganas ‘Israel’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir
Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney