The Hulk pun lantang kutuk Netanyahu

Mark Ruffalo bersimpati dengan nasib rakyat Palestin

The Hulk pun lantang kutuk Netanyahu

Bintang Hollywood, Mark Ruffalo membidas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel rakyat Palestin sebagai ‘kerosakan sampingan’ ketika Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Gaza.

Pelakon yang terkenal dengan watak ‘The Hulk’ itu membela rakyat Palestin dengan menegaskan mereka juga adalah manusia yang ‘kebetulan’ dilahirkan di negara itu dan kebanyakan terperangkap di Gaza.

“Kasihanilah, mereka adalah rakyat Palestin bukan bangunan atau jalan raya atau benda…

“Mereka adalah manusia dan begitu juga tebusan yang nyawanya mungkin anda (Israel) akan hancurkan. Mereka juga bukan ‘kerosakan sampingan’,” katanya dalam kemas kini di laman X.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Netanyahu mendakwa, pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin oleh tentera Israel hanyalah bersifat ‘kerosakan sampingan’.

Pemimpin sayap kanan itu yang dilihat muncul dalam banyak media antarabangsa dilihat cuba mengenepikan tanggungjawab dan peranan tentera Israel dalam membunuh rakyat Palestin.

Netanyahu mendakwa, tentera Israel tidak sengaja menyasarkan orang awam, walaupun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat.

Dia juga mengulangi dakwaannya bahawa Hamas bertanggungjawab ke atas korban awam Gaza, di sebalik tindakan Israel melancarkan serangan dari udara, laut serta darat.

Kerosakan sampingan biasanya digunakan dalam konteks tindakan perang, yang mana ia berlaku apabila kemusnahan sasaran tentera disertai dengan kesan sampingan yang tidak dimaksudkan pada asalnya. Utusan

The Hulk pun lantang kutuk Netanyahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker