Nurul Ain, suami selamat dibawa keluar dari Gaza

Nurul Ain, suami selamat dibawa keluar dari Gaza

Dr Nurul Ain Haron, warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza telah selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 12 November, jam 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Beliau dibawa keluar bersama suami, Mohamed A.M. Shaat, warganegara Palestin.



Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, ketibaan Nurul Ain Haron dan suami di Lintasan Sempadan Rafah telah dimudahcara oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah bersama pegawai-pegawai kedutaan yang lain.

Sejurus selepas Nurul Ain dan suami tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau telah dihubungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bertanya khabar melalui panggilan video.

Tindakan evakuasi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan di antara Anwar dan Abdel Fattah al-Sisi, Presiden Mesir, semasa lawatan kerja perdana menteri ke negara itu pada 23 Oktober lalu serta penyelarasan lanjut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka.



“Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Republik Arab Mesir, Kerajaan Qatar, Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur dan Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur atas jalinan kerjasama serta keutamaan yang telah diberikan kepada Malaysia dalam usaha menjalankan proses evakuasi warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza dengan selamat,” tambahnya. MG

Nurul Ain, suami selamat dibawa keluar dari Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker