Nabila Razali, Nik Iruwan dedah rancang hari bahagia

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali meleraikan spekulasi mengenai status perhubungan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani.

Melalui hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Nabila memberi gambaran hubungan dengan jejaka itu memasuki fasa seterusnya, iaitu gerbang perkahwinan.

“I said yes (saya kata iya),” tulis penyanyi lagu Pematah Hati itu beserta ikon cincin dan tanda pagar, #NewChapter.

Menerusi hantaran sama, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali berkongsi foto memaparkan Nik Iruwan melutut di hadapannya persis jejaka membuat lamaran kepada gadis pilihan.

Malah, paparan mesej tertera ‘Will you marry me?’ (Sudikah awak berkahwin dengan saya?) di dinding menguatkan lagi spekulasi pasangan itu akan berkahwin.

Susulan hantaran itu, rakan artis seperti Wany Hasrita, Janna Nick, Ummi Nazeera dan ramai lagi menitipkan ucapan tahniah kepada Nabila dan Nik Iruwan di ruangan komen.

Sebelum ini, Nabila memilih mengunci mulut daripada mengulas spekulasi mengenai hubungannya dengan Nik Iruwan.

Nabila didakwa sudah melangsungkan pertunangan dengan Nik Iruwan dan difahamkan, majlis itu diadakan di rumah baharunya di Selayang, Selangor.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker