Pegawai SPRM pantau pengurusan dana Mitra

Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan dianggotai seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan memantau pengurusan dananya.

Pengerusi Mitra R Ramanan, berkata langkah berkenaan dapat memastikan dana unit tersebut sepenuhnya digunakan serta diagih lebih telus bagi pembangunan dan kemajuan masyarakat India.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Azam Baki (ketua pesuruhjaya SPRM) kerana beliau telah memberikan pegawainya yang akan turut hadir (semasa mesyuarat) serta akan membimbing kami dalam memastikan tiada salah urus (dana) berlaku,” katanya menurut Bernama pada sidang media, di Putrajaya.



Beliau berkata, langkah berkenaan akan memastikan pelaksanaan dan pengurusan Mitra lebih telus, selain memastikan setiap permohonan melalui proses tapisan lebih jelas.

Ramanan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azam pada Selasa lalu bahawa siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana Mitra telah selesai dan individu terlibat juga sudah didakwa di mahkamah. Azam juga dilaporkan telah mengemukakan kepada Mitra saranan serta nasihat mengenai prosedur lemah unit itu.

Pada 2021, lebih 300 syarikat dan NGO dilaporkan disiasat berhubung dakwaan penyelewengan geran peruntukan bernilai RM203 juta yang dikeluarkan oleh Mitra, sejak 2019.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa Mitra yang turut hadir dalam sidang media itu, berkata beliau yakin pada masa hadapan, persepsi terhadap unit itu akan berubah.



“Saya juga yakin, di bawah pimpinan pengerusi dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuan dan matlamat Mitra akan tercapai dan kita akan pastikan lebih banyak rakyat Malaysia berbangsa India akan dapat dibantu,” katanya.

Mengenai perancangan Mitra pada tahun hadapan yang dibincangkan pada mesyuarat hari ini, Ramanan berkata pihaknya akan lebih fokus terhadap status program sosioekonomi dan pendidikan masyarakat India di Malaysia.

Menurutnya, lebih 10,000 pelajar telah mendapat peruntukan dana Mitra dengan 7,000 telah menerima bantuan pada tahun ini berjumlah kira-kira RM30.96 juta.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker