DBKL kompaun premis makanan kotor, jijik dan berbau busuk

DBKL kompaun premis makanan kotor, jijik dan berbau busuk

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 45 kompoun terhadap premis makanan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Sepadu Bersih di sekitar Kuala Lumpur Rabu lalu.

DBKL dalam kenyataan di media sosial semalam berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah pekerja tidak mendapatkan suntikan tifoid, premis kotor dan berbau busuk, terdapat hurungan lipas serta menyalah guna lorong belakang untuk membasuh peralatan memasak.



Menurut DBKL, satu daripada 52 premis yang diperiksa juga telah dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 28 (1) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Manakala 45 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979.

“Sampai bila la pengendali premis makanan ni nak sedar bahawa aspek kebersihan adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian? Ke nak tunggu DBKL sampai dulu?” kata DBKL.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, seramai 36 orang petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu melibatkan beberapa lokasi.



Katanya, antara lokasi yang terlibat adalah di Jalan Bukit Cheras dan Taman Bukit Anggerik (Parlimen Bandar Tun Razak), Jalan Radin Bagus 7 (Parlimen Seputeh), Kiosk tingkat bawah Hospital Pantai KL dan Mid Valley Megamall (Parlimen Lembah Pantai), Jalan Wan Kadir dan Rivercity Plaza (Parlimen Segambut), Selangor Mansion dan Pertama Kompleks (Parlimen Bukit Bintang). Utv

DBKL kompaun premis makanan kotor, jijik dan berbau busuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker