Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
Sebuah mahkamah Australia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang bekas jururawat kelahiran Malaysia kerana membayar seorang lelaki kira-kira AUD3,000 (kira-kira RM9,000) untuk memotong lidah dan kemaluan bekas teman lelakinya.
Mahkamah Daerah Cairns di Queensland Utara menjatuhkan hukuman itu ke atas Karen Kaur Warburton, 50, bagi memastikan inspektor polis Queensland, Don McKay tidak “dapat berjalan atau bercakap lagi” selepas memutuskan hubungan mereka.
The Daily Mail melaporkan Warburton mengaku bersalah atas satu pertuduhan “cuba mendatangkan kecederaan parah” dan satu pertuduhan “cuba melakukan perbuatan jahat dengan niat”.
Hakim Joshua Treviño berkata tindakan wanita itu “hanya boleh digambarkan sebagai kejam dan dirancang”.
“Keseriusan dalam kesalahan kamu bukan dilihat pada hakikat tiada sebarang kemudaratan dialami pengadu, sebaliknya kamu merancang sejak awal lagi.
“Kamu ada banyak peluang untuk menilai semula, berhenti dan tidak meneruskan rancangan kamu. Tapi kamu tak buat macam itu.”
Warburton dan McKay menjalin hubungan mulai Mac 2020, tetapi hubungan mereka putus pada awal 2021.
Antara 1 April hingga 6 Okt 2021, Warburton membayar penduduk tempatan, Andrew Bown kira-kira AUD3,000 untuk mencederakan bekas teman lelakinya.
Dia memberikan gambar dan alamat McKay kepada Bown untuk mencederakannya.
Mahkamah juga diberitahu Bown melakukan beberapa cubaan untuk mencederakan McKay.
Seorang lagi lelaki yang diupah Bown menyembur rumah McKay dengan cecair pemetik api dan membakarnya yang menyebabkan kerosakan berjumlah AUD20,000.
Bown juga cuba merekrut orang lain, tetapi tawaran itu ditolak segera.
Pada November 2022, Mahkamah Daerah Cairns menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah kepada Bown.
Warburton dilaporkan berhijrah ke Australia bersama bekas suaminya pada 2007, selepas menamatkan pengajian kejururawatannya di UK. FMT
Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.